“Menjadikan Muar sebagai galeri berskala sebenar PENYELIDIKAN dan INOVASI UTHM yang bersifat mesra keperluan setempat, mempunyai ekosistem yang baik dan terbuka kepada semua penyelidik tempatan dan antarabangsa”
FOKUS UTHM
Melalui Pusat Hubungan Universiti & Masyarakat (ICRC), UTHM telah mewujudkan Pusat Masyarakat yang difokuskan di:
Pejabat Daerah Muar, Majlis Perbandaran Muar, Perbadanan Biodiversiti dan Bioteknologi Negeri Johor (Johor Biotech), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Rikkyo University (Jepun), Kure Kosen (Jepun), Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Jabatan Perikanan Negeri Johor, Jabatan Veteriner Negeri Johor, Jabatan Pertanian Negeri Johor, NGO dan masyarakat setempat.
KEBERHASILAN SEMASA
Inisiatif ini berjaya melengkapkan kitaran R&D dan inovasi UTHM dengan melaksanakannya di lapangan sebenar di Muar. Dengan itu, ia dapat menjawab keperluan permasaalahan industri dan masyarakat serta menjana kekayaan baru kepada negeri Johor melalui penerimaan dana penyelidikan, pembangunan modal insan, hak cipta harta intelek dan pembangunan teknologi Johor.